THE DESIGN AND DEVELOPMENT OF AN INTERACTIVE RAY TRACING SYSTEM FOR S-CAD OBJECT

.,, Suyoto (1999) THE DESIGN AND DEVELOPMENT OF AN INTERACTIVE RAY TRACING SYSTEM FOR S-CAD OBJECT. Phd thesis, UAJY.

[img] Text (SATU REKABENTUK, PEMBANGUNAN DAN PERLAKSANAAN SISTEM PENYURIHAN SINAR BAGI OBJEK S-CAD DAN FAIL DXF (The Design, Development and Implementation of A Ray Tracing System For S-CAD Object and DXF File))
TF00686.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (10MB)

Abstract

Tesis ini akan menerangkan tentang perekabentukan, pembangunan dan pelaksanaan sistem penyurihan sinar secara interaktif - S-RAY (Simple Ray Tracing). Sistem ini direka khas untuk dimanfaatkan pelajar yang menggunakan perisian S-CAD (Simple Computer Aided Design) agar dapat menghasilkan imej foto realistik dengan senang dan interaktif. Sistem baru S-RAY ini membolehkan pengguna menyunting dan memanipulasi cahaya, objek dan tekstur secara bebas dan interaktif. Antara bentuk interaksi ini ialah pengguna diberi kebebasan menggunakan tetikus dan kotak dialog untuk menyunting dan memanipulasi kedudukan objek, atribut objek, cahaya dan tekstur. Sementara itu, fungsi S-RAY yang telah ditawarkan juga banyak, termasuk impot fail S-CAD dan DXF, enam objek primitif, tetingkap berbilang, langkah undur/maju tak terbatas, cantas, salin, anjak, putar, skala, tukar atribut objek dan persekitarannya, tekstur, pencahayaan dengan pilihan lapan lampu, bayangan, pantulan, simpan fail, simpan bitmap, penghasilan rentetan fail bitmap secara otomatik untuk animasi, percetakan, percetakan pratonton dan animasi. Dalam sistem baru S-RAY ini, algoritma pencaman objek S-CAD tiga dimensi (3D) didedahkan dan diimplimentasikan. Pencaman objek 3D itu dilakukan dengan mengenal pasti ciri fail ASCII S-CAD. Selain itu, dua algoritma bayangan telah didedahkan dan diimplimentasikan iaitu algoritma bayangan tajam dan algoritma bayangan kabur. Juga terdapat dua algoritma pantulan didedahkan dan diimplimentasikan, iaitu algoritma pembalik satah dan algoritma pemetaan sfera. Seterusnya, beberapa algoritma sekunder sistem S-RAY juga didedahkan dan diimplimentasikan, diantaranya algoritma langkah maju/mundur tak terhingga, algoritma simpan bitmap, algoritma penghasilan rentetan fail bitmap secara otomatik, algoritma animasi, algoritma percetakan dan algoritma percetakan pratonton. Selain itu, tesis ini memperkenalkan kaedah baru dalam pembangunan perisian yang dinamakan sebagai kaedah tailor-made. Kaedah tersebut merupakan suatu kaedah yang memadukan dan menyesuaikan antara fungsi sokongan pihak ketiga (third-partysupport) dengan fungsi binaan sendiri sehingga menghasilkan produk sesuai dengan keperluan pengguna. Fungsi bentuk sokongan pihak ketiga iaitu samaada dalam bentuk fail DLL (Dynamic Link Library) ataupun fungsi yang boleh dicantumkan ke dalam sistem. Dalam kaedah ini setiap fungsi harus dapat berfungsi dengan bebas. Kelebihan pembangunan kaedah ini ialah boleh menjimatkan masa penyelidikan.

Item Type: Thesis (Phd)
Subjects: Teknik Informatika > Enterprise Inf System
Divisions: Fakultas Teknologi Industri > Teknik Informatika
Depositing User: Editor UAJY
Date Deposited: 19 Dec 2017 09:30
Last Modified: 19 Dec 2017 09:30
URI: http://e-journal.uajy.ac.id/id/eprint/13256

Actions (login required)

View Item View Item